Javascript must be enabled to continue!
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEPENTINGAN TATABAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
View through CrossRef
Tatabahasa Arab adalah salah satu cabang linguistik bahasa Arab yang perlu dipelajari oleh pelajar khususnya yang mengambil bidang pengkhususan bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Ia merupakan aspek yang penting yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa terutamanya bagi kemahiran membaca. Melalui penguasaan tatabahasa Arab, pelajar mampu untuk mengenal pasti bentuk ayat yang terdapat di dalam teks bahasa Arab sekali gus membantu pelajar untuk menentukan kaedah bacaan yang betul bagi bentuk ayat tersebut. Terdapat isu berkaitan penguasaan tatabahasa Arab dalam kalangan pelajar yang mendorong kepada permasalahan dalam kemahiran membaca teks bahasa Arab. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi pelajar tentang kepentingan tatabahasa Arab dalam meningkatkan kemahiran membaca. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik bagi memperoleh persepsi pelajar berkaitan isu kajian ini. Seramai 140 orang mahasiswa dan mahasiswi daripada program pengajian Ijazah Sarjana Muda bahasa Arab dengan Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dipilih sebagai responden kajian ini. Berdasarkan analisis deskriptif, nilai min tertinggi iaitu 4.69 pada item pertama iaitu “Tatabahasa Arab membantu saya mengenal pasti fungsi perkataan di dalam teks yang dibaca” menunjukkan peranan tatabahasa adalah signifikan dalam meningkatkan kemahiran membaca teks Bahasa Arab.
Arabic grammar is one branch of Arabic linguistics that needs to be studied by students, especially those specializing in Arabic at the higher education level. It is an important aspect that students need to master to acquire language skills, especially reading skills. Through the mastery of Arabic grammar, students can identify the sentence structures found in Arabic texts, thereby helping them determine the correct reading methods for those sentence structures. Issues related to the mastery of Arabic grammar among students have emerged, leading to problems in reading skills of Arabic texts. Therefore, this study was conducted to identify students’ perceptions of the importance of Arabic grammar in reading skills. This study is quantitative in nature, using a questionnaire instrument to obtain student’s perceptions regarding this research issue. A total of 140 students from the Bachelor of Arabic Language with Education program at Sultan Idris Education University were selected as respondents for this study. Based on the descriptive analysis, the highest mean value of 4.69 on the first item which is “Arabic grammar helps me identify the function of words in the text being read” indicates the significant role of grammar in increasing reading skills for Arabic texts.
Universiti Sultan Zainal Abidin
Title: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEPENTINGAN TATABAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Description:
Tatabahasa Arab adalah salah satu cabang linguistik bahasa Arab yang perlu dipelajari oleh pelajar khususnya yang mengambil bidang pengkhususan bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi.
Ia merupakan aspek yang penting yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa terutamanya bagi kemahiran membaca.
Melalui penguasaan tatabahasa Arab, pelajar mampu untuk mengenal pasti bentuk ayat yang terdapat di dalam teks bahasa Arab sekali gus membantu pelajar untuk menentukan kaedah bacaan yang betul bagi bentuk ayat tersebut.
Terdapat isu berkaitan penguasaan tatabahasa Arab dalam kalangan pelajar yang mendorong kepada permasalahan dalam kemahiran membaca teks bahasa Arab.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi pelajar tentang kepentingan tatabahasa Arab dalam meningkatkan kemahiran membaca.
Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik bagi memperoleh persepsi pelajar berkaitan isu kajian ini.
Seramai 140 orang mahasiswa dan mahasiswi daripada program pengajian Ijazah Sarjana Muda bahasa Arab dengan Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dipilih sebagai responden kajian ini.
Berdasarkan analisis deskriptif, nilai min tertinggi iaitu 4.
69 pada item pertama iaitu “Tatabahasa Arab membantu saya mengenal pasti fungsi perkataan di dalam teks yang dibaca” menunjukkan peranan tatabahasa adalah signifikan dalam meningkatkan kemahiran membaca teks Bahasa Arab.
Arabic grammar is one branch of Arabic linguistics that needs to be studied by students, especially those specializing in Arabic at the higher education level.
It is an important aspect that students need to master to acquire language skills, especially reading skills.
Through the mastery of Arabic grammar, students can identify the sentence structures found in Arabic texts, thereby helping them determine the correct reading methods for those sentence structures.
Issues related to the mastery of Arabic grammar among students have emerged, leading to problems in reading skills of Arabic texts.
Therefore, this study was conducted to identify students’ perceptions of the importance of Arabic grammar in reading skills.
This study is quantitative in nature, using a questionnaire instrument to obtain student’s perceptions regarding this research issue.
A total of 140 students from the Bachelor of Arabic Language with Education program at Sultan Idris Education University were selected as respondents for this study.
Based on the descriptive analysis, the highest mean value of 4.
69 on the first item which is “Arabic grammar helps me identify the function of words in the text being read” indicates the significant role of grammar in increasing reading skills for Arabic texts.
Related Results
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen Kemahiran Insaniah Pelajar Pendidikan TVET Semasa Menjalani Latihan Praktikal
Elemen kemahiran Insaniah pelajar pendidikan TVET semasa menjalani latihan praktikal adalah elemen yang lebih memfokuskan kemahiran generik pelajar serta penguasaan pelbagai elemen...
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Upaya Guru dalam Meningkatkan Minat Membaca Anak pada Masa Adaptasi Kebiasaan Baru di BMBA AIUEO Batujajar Bandung
Abstract. Based on the PISA report which was just released 2019, Indonesia's reading score is ranked 72 out of 77 countries (liputan6.com,2019). This condition shows the poor inter...
Pengajaran Kemahiran Membaca Teks Bahasa Arab Menggunakan Teknik Unzur Qablahu (UQ): Kajian Aplikasi Teori Kognitif (ATK)
Pengajaran Kemahiran Membaca Teks Bahasa Arab Menggunakan Teknik Unzur Qablahu (UQ): Kajian Aplikasi Teori Kognitif (ATK)
Reading Arabic texts is an important activity in teaching and learning Arabic. The ability of reading Arabic texts accurately and correctly is a proof of mastery of Arabic grammar....
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAMPAK TEKNOLOGI TERHADAP PROSES BELAJAR MENGAJAR
DAFTAR PUSTAKAAditama, M. H. R., & Selfiardy, S. (2022). Kehidupan Mahasiswa Kuliah Sambil Bekerja di Masa Pandemi Covid-19. Kidspedia: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 3(...
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Strategi Pembelajaran Bahasa Arab: Kemahiran Al-Kitâbah (Arabic Learning Strategy: Writing Skills)
Dalam pembelajaran bahasa Arab, terdapat empat macam maharah atau kemahiran yang harus dikuasai oleh setiap pembelajar bahasa Arab. Empat kemahiran itu adalah kemahiran istima’, ka...
Penilaian Keberkesanan Modul Pembelajaran Kendiri Strategi Pemahaman Membaca Teks Bahasa Arab (MPK SPMBA) Untuk Pelajar Pengajian Islam Di Institusi Pengajian Tinggi
Penilaian Keberkesanan Modul Pembelajaran Kendiri Strategi Pemahaman Membaca Teks Bahasa Arab (MPK SPMBA) Untuk Pelajar Pengajian Islam Di Institusi Pengajian Tinggi
Penggunaan strategi kemahiran membaca di kalangan pelajar adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar dalam bidang pengajian mereka. Walau bagaimana...
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, ma...
Penguasaan Kosa Kata Terhadap Penulisan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah: Kajian daripada Perspektif Guru
Penguasaan Kosa Kata Terhadap Penulisan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah: Kajian daripada Perspektif Guru
Abstrak: Pembelajaran bahasa Arab telah diperkenalkan sebagai bahasa asing yang dipelajari dari peringkat rendah sehingga peringkat universiti di Malaysia. Bahasa Arab mempunyai em...

